Thursday, April 29, 2010

berita hari ini..

hmmm.. semasa makan tengah hari tadi, kawan kat sebelah aku buka mulut.. katanya~~

"kami br balik dr HEP. KISSM adala.. bulan june. after mei la tu.. seminggu kita kursus nanti"

jeeeennng.. aku tak dapat la bergawai ni.. kalau dh pulang nanti pun.. bau-bau gawai yang tinggal.. hmm.. it's ok.. yang penting habiskan semua nie dulu. kalau tak pergi kursus, susah mau dpt pengesahan jawatan nanti.. penting ba..

then, sekali lagi dia buka mulut.~~

"ohya, kami diberitahu bahawa besok elaun masuk"

ketika aku tengah bersedih sebab tak dapat balik gawai on time, tiba-tiba hati bertukar riang.

"yeay!!"

apa-apa pun, kegembiraan itu cuma sementara...

ohya, mau tau apa itu KISSM?? mari aku jelaskan...


KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA

LATARBELAKANG

Pekeliling perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1992 mensyaratkan supaya semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan sokongan yang dilantik dan dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) pada atau selepas 1 Januari 1992 dikehendaki mengikuti kursus induksi dengan jayanya sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

OBJEKTIF KURSUS INDUKSI

Modul Umum
Kursus induksi ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:-
Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam perkhidmatan Awam mengenai sejarah Negara, dasar utama kerajaan, rancangan dan program pembangunan Negara;
Memberi penjelasan tentang system pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta peraturan-peraturan kerajaan;
Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai pengurusan kewangan, belanjawan Negara, pengurusan pembelian dan perakaunan Negara;
Memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek pengurusan organisasi;
Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan Awam.

No comments:

Post a Comment